Selamat Datang..sile2..(^_^)

Assalamualaikum..

Haa..ini la blog cacar murba sy..hee..pls tglkn komen2 yg membangun yer..xmo kutuk lebih2..peace..


Selasa, 22 Januari 2013

~Pengisian Rohani~

HIDANGAN KHUSUS AHLI NERAKA!!

SubhanAllah dengar tajuk pun ana dah takut..tapi sekadar perkongsian ilmu dan juga peringatan untuk diri dan sekalian para sahabat ana...

Imam Al-Qurtubi menceritakan dalam Tafsirnya kisah berikut. Ia berkenaan dengna Imam Ahli Basrah yang bernama Al-Hassan bin Abi Hasaan al-Basri. Baliau  merupakan tokoh agama yang sangat masyur dalam dunia Islam. Suatu petang, al-HAssan sedang menunggu waktu berbuka puasa. Makanan telah pun siap terhidang dihadapanya tiba-tiba beliau teringat satu ayat ini yang bermaksud firman ALLAH SWT "Sesungguhnya di sisi Kami ada belenggu-belenggu yang berat dan neraka yang menyala-yala. Dan makanan yang menyumbat di keronkongan(zaghussah) dan azab yang pedih. " (Surah al-Muzammil 73: 12-13)
Beliau tidak jadi untuk makan, kejadian ini terjadi berlarutan selama 3 hari selama beliau berpuasa.

Bagaimana dengan kita pada hari ini??bersuka ria menikmati pelbagai jenis makanan tanpa memikirkan apakah nasib kita di akhirat kelak!astaghfirullah..ya Allah selamatkanlah kami..
Marilah kita muhasabah diri, merenung kembali apa yang telah kita lekakan selama kita bernafas di bumi Allah ini, jika kita senang di dunia ini, memperolehi apa yang di hajatkan kita dapat, adaakah nasib kita sama bila di hadapan Allah kelak...(fikirkanlah duhai diri)

ZAQQUM

Al-Quran menyebut beberapa benda yang akan menjadi "makanan dan minuman" ahli neraka. Antaranya adalah zaqqum, ghislin, ghassaq, hamim dan dari'. Setiap makanan ini telah disediakan untuk kelas-kelas tertentu daripada ahli neraka sesuai dengan dosa-dosa mereka..MasyaAllah..
Bersesuaian dengan firman Allah yang berbunyi :-
" Sesungguhnya pohon zaqqum itu makanan orang yang banyak berbuat dosa. (Ia) seperti   keruhan minyak yang memdidih di dalam perut" (surah al-Dukhan 44: 43-45)


Marilah kita memohon kepada Allah agar di jauhkan azab neraka.....


Amin Ya Rabb...:'(


Tiada ulasan:

Catat Ulasan