Selamat Datang..sile2..(^_^)

Assalamualaikum..

Haa..ini la blog cacar murba sy..hee..pls tglkn komen2 yg membangun yer..xmo kutuk lebih2..peace..


Ahad, 20 Januari 2013

KITA YANG SOMBONG

Siapa kita untuk bersombong di muka bumi ini?

Firman Allah SWT: “Dan janganlah kamu berjalan di muka bumi ini dengan sombong, karena sesungguhnya kamu sekali-kali tidak dapat menembus bumi dan sekali-kali kamu tidak akan sampai setinggi gunung.”

[Al Israa’:37]


Disini Allah jelaskan kepada kita betapa kerdilnya manusia itu disisi Tuhannya, kita ini tidak lain hanyalah makluk yang berstatuskan HAMBA! Ya...kita adalah makluk Allah yang bernama manusia dan sebaik-baik penciptaan! tetapi kita seringkali lupa siapakah kita! dengan penuh BONGKAK DAN SOMBONG kita berani mencabar Tuhan! dengan penuh riak kita berbangga melakukan DOSA tanpa segan silu pada Tuhan! kita lupa asal kejadian kita ini untuk apa??

Firman Allah Ta’ala:
وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالْأِنْسَ إِلَّا لِيَعْبُدُون
“Tidak Aku ciptakan jin dan Manusia melainkan hanya untuk beribadah kepada-Ku.” (QS. Adz –Dzariyat: 56 )
وَقَضَى رَبُّكَ أَلاَّ تَعْبُدُوا إِلاَّ إِيَّاهُ وَبِالْوَالِدَيْنِ إِحْسَانًا إِمَّا يَبْلُغَنَّ عِنْدَكَ الْكِبَرَ أَحَدُهُمَا أَوْ كِلاَهُمَا فَلاَ تَقُلْ لَهُمَا أُفٍّ وَلاَ تَنْهَرْهُمَا وَقُلْ لَهُمَا قَوْلاً كَرِيمًا وَاخْفِضْ لَهُمَا جَنَاحَ الذُّلِّ مِنَ الرَّحْمَةِ وَقُلْ رَبِّ ارْحَمْهُمَا كَمَا رَبَّيَانِي صَغِيرًا
“Dan sesungguhnya Kami telah mengutus Rasul pada setiap umat (untuk menyerukan): “Beribadalah kepada Allah (saja) dan jauhilah thaghut.” (QS. An – Nahl: 36)

Oleh itu marilah kita sama-sama kembali kepada fitrah yakni kembali kepada Allah sebagai seorang hamba, mohonlah kepada Allah agar diberikan keampunan kepada kita, merayulah kepada Allah kerana Dia adalah sebaik-baik Tuhan yang telah menciptakan kita..
YA ALLAH..
Kupersembahkan kepada-Mu,
Tuhan Sekalian Makhluk, harapanku,
Sekalipun aku seorang yang berdosa,
Wahai Yang Maha Pemberi dan Pemurah,
Tatkala keras hatiku dan sesak perjalanan hidupku...
Kujadikan rayuan daripadaku sebagai jalan mengharap keampunan-Mu...

Maka, bilamana Engkau yang memiliki keampunan menghapuskan dosa yang berterusan ini...
Kurniaan-Mu dan Keampunan-Mu adalah rahmat dan kemuliaan...

Bukankah Engkau yang memberikan aku makan dan hidayah kepadaku?
Dan janganlah Engkau hapuskan kurniaan anugerah dan nikmat itu kepadaku...
Semoga orang yang memiliki ihsan mengampunkan kesalahanku...
Dan menutup dosa-dosaku dan setiap perkara yang telah lalu... 

Sekiranya Engkau ampunkan aku, ampunkan dari kederhakaan,
Kezaliman, penganiayaan yang tak akan terhapus di hari berhimpun kesedihan,
Dan jika Engkau membalas seksa terhadapkuaku tidak akan berputus asa,
Sekalipun dosa-dosaku itu memasukkan diriku ke dalam neraka,
Kupersembahkan kepada-Mu,
Tuhan Sekalian Makhluk, harapanku,
Sekalipun aku seorang yang berdosa,
Wahai Yang Maha Pemberi dan Pemurah,
Tatkala keras hatiku dan sesak perjalanan hidupku...
Kujadikan rayuan daripadaku sebagai jalan mengharap keampunan-Mu...

Maka, bilamana Engkau yang memiliki keampunan menghapuskan dosa yang berterusan ini...
Kurniaan-Mu dan Keampunan-Mu adalah rahmat dan kemuliaan...

Dia adalah seorang yang fasih ketika menyebut Tuhannya,
Dan bilamana dia bersama selain Tuhannya di dunia ini, dia membisu,
Dia berkata "Kekasihku, Engkaulah tempatku meminta dan berharap",
"Cukuplah Engkau bagi yang berharap sebagai tempat bergantung dan memohon",
"Kupelihara kasihku yang dicemari nafsu",
"Dan aku jaga kasih yang telah tercalar",
"Di saat aku terjaga, aku rindu dan di saatku lelap, aku berharap",

Mengiringi langkahku dengan penuh semangat dan berulang-ulang,
Maka, dosaku adalah besar dari dulu dan kini,
Sedang keampunan-Mu yang mendatangi hamba adalah lebih agung dan lebih mulia,
Kupersembahkan kepada-Mu,
Tuhan Sekalian Makhluk harapanku,
Sekalipun aku seorang yang berdosa,
Wahai Yang Maha Pemberi dan Pemurah,
Tatkala keras hatiku dan sesak perjalanan hidupku...
Kujadikan rayuan daripadaku sebagai jalan mengharap keampunan-Mu...

Maka, bilamana Engkau yang memiliki keampunan menghapuskan dosa yang berterusan ini...
Kurniaan-Mu dan Keampunan-Mu adalah rahmat dan kemuliaan...AMIN YA RABB..

~Sajak Aminah Qutbi Buat Bakal Suami~



Sekiranya,
kita cinta kepada manusia,
tak semestinya manusia cinta kepada kita,
Tetapi sekiranya,
kita cinta kepada ALLAH,
nescaya CINTA ALLAH tiada penghujungnya.
Sekiranya,
kita cinta kepada manusia,
kita akan cemburu kepada orang yang 
mencintai orang yang kita cintai,
Tetapi sekiranya,
kita cinta kepada Allah,
kita akan turut mencintai orang yang
melabuhkan cintanya kepada Allah juga,
Ya Allah,
andainya dia adalah jodoh,
yang telah ditetapkan oleh-Mu kepadaku,
Maka,
campakkanlah ke dalam hatiku,
cinta kepadanya adalah kerana-Mu,
dan campakkanlah ke dalam hatinya,
cinta kepadaku adalah kerana-Mu.
Namun,
andainya dia bukanlah jodoh yang
ditetapakan oleh-Mu kepadaku,
berikanlah aku kekuatan agar pasrah
dalam mengharungi ujian,
yang Kau berikan kepadaku.

* Antara puisi yang ana SUKA jadikan penguat hati*

Satu Kisah (Niqab)

Assalamualaikum...Salam ukhuwahfillah semua...


Entry kali ni ana cuba berkongsi 1 kisah benar mengenai seorang hamba Allah..selamat membaca!



Aku gadis biasa..bukan dari keluarga yg alim.. Aku dulu gadis yg gemar berfasyen..bertudung..kjap open..kjap bertudung..ikut suka..sjap bertaubat..nnt balik smula.. Allah hu robbi..begitulah kehidupan aku..solat ade lubang2.. Seolah2 tiada guide dlm hidup aku..

Sehingga suatu hari..Kejadian berlaku dlm hidup aku..upanya Allah masih sayang aku..bg aku peluang..mcm sesuatu yg plek berlaku bila aku suka berzikir dn selawat x kire waktu.yg penting sblm tdo kat tlinga aku wajib pasang mp3 zikir dn slwat..smpi aku tertdo di buai alunan zikir tu..mulut tak berzikir..tapi hati ikut berzikir smpi aku terlelap..tah bila mp3 tu termati pn x tahu la..hih. Sampai sekarang pn..tak buleh tdo x pasang..bagun je tdo tu jgk yg aku buka dn layan..hati aku mcm terpggil2 je..jd bila aku sendirian wat kje ke mulut ni scara automatik berzkir dn berselawat..ni smua. ..sblm aku berhijrah..tu la aku nak cerita kuasa Allah..besar betul hikmah zikir dan selawat ni..sampi satu tahap..air mata mgalir tatkala memuji kbesaran Allah..Astaghfirullah hal azim.. Aku makin takut dengan azab Allah..Rupanya kita cube dekat ngn Allah..beribu kali Allah dkt dengan kita.di situ bermula pghijrahan aku...plan2 hati aku ni mcm di cuci..di cuci dgn zikir dn selawat..paling penting aku blajar solat di awal waktu..tak kira ape kje sbolehnye aku tinggal dulu..dan solat d awal waktu menjd kmestian aku.

Aku mulakn solat taubat.. Aku nak istiqamah..tu yg aku cari..Allah temukn aku dengan sahabat baru yg alim2..pelan2 aku layan kuliah plak..cari info2 bab akidah..iman..Aku makin suka nk mnambah ilmu semua tntang islam..smua jalan seiring..Allah permudahkn urusan aku..walaupn ada tentangan nak berniqab..nak bertudung labuh..berjubah..di kata di pandang buruk..smua tu bkn halangan buat aku..yg penting pandangan Allah pd aku bgaimana..aku utamakn pndangan Allah..
Byak lagi yg aku cari..aku berdoa Allah kekalkn aku trus istiqamah shingga akhir hayat aku..yg aku kejarkn adalh seberapa boleh bekalan nak di bawa ke sana.. Aku taknak trus leka dn hanyut d dunia yg sementara ini..panjg kalu nk cerita..
Tapi point aku..BERSELAWAT ZIKIR MEMANG POWER...Amalkan la sahabat.

Jgn tggu hidayah tu datang..kita kena cari..

Sekian..iklas aku hamba Allah yg naif
Yg buruk dari kelemahan aku..yg baik dari Allah swt

Jumaat, 18 Januari 2013

Peringatan untuk Aku dan sekalian manusia..

TANDA HATI MATI...

Ibnu 'Ataillah Al-Sakandari,
pengarang kitab Al-Hikam dan juga seorang iman sufi berkata:


" Sebahagian daripada tanda MATINYA HATI ialah TIDAK MERASA SEDIH (susah) apabila tertinggalnya suatu amal perbuatan kebaikan(kewajipan), juga TIDAK MENYESAL apabila berbuat DOSA. "

Oleh itu marilah kita sama-sama berdoa agar Allah tidak menjadikaan HATI kita MATI..!!

Pemilik cintaku setelah ALLAH & RASUL......

Bismillahirahmanirahim..

Assalamualaikum semua!!...

Maaf.maaf dan maaf kerana sangat lama ana tidak update blog usang ni, InsyaAllah hari ni dengan izin-Nya laju je jari jemari ana menaip entry untuk kali ni....

Pemilik Cintaku setelah ALLAH & RASUL adalah tajuk buku yang baru ana beli. Biarpun agak ketinggalan kerana baru membeli dan membaca buku ni tapi ALHAMDULILAH ungkapan yang paling layak ana tuturkan disini kerana Allah telah membuka pintu hati ana untuk membaca buku tersebut sebab sebelum ini ramai juga bagitau ana yang buku ini SANGAT-SANGAT BEST tapi ana sekadar mendengar dan tidak amik peduli meskipun ana memang seorang ulat buku!(pantang je nampak kedai buku pasti akan masuk dan beli)
Ana cuba kongsikan disini bagaimana perasaan ana apabila selesai saja buku ni ana baca!!
SubhanaAllah...hasil penulisan buku ni sangat-sangat menyentap jantung ana,bait-bait kata dalam buku ni membuatkan ana berfikir sedalam-dalamnya apa yang cuba di sampaikan oleh penulis...

Pemilik Cintaku setealah ALLAH & RASUL bukan sekadar buku panduan atau kisah motivasi bagi ana,tetapi sebagai pencentus mewujudkan generasi yang berakhlak!!(pandangan dari ana)
Buku ini juga seperti mengubat hati bagi mereka yang kecewa di sebabkan CINTA manusia yang sering kecundang di tengah jalan..Sedikit sebanyak menjadi ubat pada diri ana sendiri!hehehe...ana taknak bebel panjang lebar tapi apa yang pasti BELILAH BUKU ni.!!dan hayati sendiri segala isi kandungan buku ni dengan berlapang dada..InsyaAllah ana jamin selepas membacanya..hati yang kecewa dulu akan sembuh serta merta..

        " KALAU SUKA,JUMPALAH IBU BAPA. SAYANGNYA, TIADA YANG BERANI  TANDA TAK BERSEDIA. KALAU TAK SEDIA. KENAPA NAK BERCINTA? BUKANKAH ITU PINTU ZINA SEMATA-MATA??NAUZUBILLAH....AKU MERAZAM MEMBANGKITKAN MEREKA DARIPADA KELALAIAN FITRAH WANITA DI AKHIR ZAMAN DENGAN SEBUAH PRINSIP DAN KETEGASAN. " (sedikit petikan dari buku tersebut)




Selamat membaca dan temui CINTA yang sebenarnya...


Jumaat, 5 Oktober 2012

~Ketika Cinta Memanggil~

Cinta
ia datang dengan sendirinya,
bagaikan tanpa di paksa ia meresap masuk ke dalam sanubari,
menyentap sekeping daging yang bernama HATI,
datangnya perasaan itu dikala hati ini gersang,mencari-cari sesuatu yang tidak pasti,
perasaan itu melekat seperti tidak akan berpisah buat selama-lanya,

Cinta...
sejak ia bertandang dan melekat di hati,
timbul perasaan RINDU pula,
Ketika cinta ini memanggil ku,
gementarlah seluruh jasad ini,
Ketika cinta ini memanggil.,
ku sahut dan ku sambut dengan linangan airmata.,
tidak lagi hati ini mencari cinta insan setelah cinta Mu menyapa ku.,
tidak lagi rindu ini mencari yang lain untuk ku meraih perhatian,
hanya ku cari,ku buru pada waktu ini...
BALASAN CINTA DARI MU ALLAH...

TERIMA KASIH ALLAH.,
KERANA MEMBERI AKU MERASAI CINTA MU,
MEMBERI PELUANG KEPADA KU MERASAI MANISNYA CINTA DARI MU,
AKU BERSYUKUR PADA MU YA ALLAH......





Isnin, 24 September 2012

IMPIAN..!!~Semua org ade impian kan???~~~

Bismillahirahmanirahim........(mulakan dgn nama Allah)wajib tuuuu.....
Alkisah.. entry kali ni azie nk bebel mengenai IMPIAN!!!(i'm sure everybody have a dream rite??) impian anda2 semua pastinye meletop2 kan?!!
Jikalau begitu!! azie pun ade impian dalam hidup ni.....tetapi APAKAH IMPIAN AZIE??? jeng.jeng.jeng.......hihihi(mcm la org nk tau sgt impian azie ni)lalalalalala....(>_*)

Berikut adalah impian2 azie(hopefully will come true!)..

1] ingin menjadi mukmin yg sejati..(azie pasti 1000% semua org punya impian yg sama mcm ni dgn azie 
    kan??) insyaAllah menjadi dambaan hamba inginkan keberkatan dan kerahmatan dari Allah..aminnn...

2] menjadi anak yg berbakti kepada mak abah!(berbekalkan usia mereka yg bersisa ni,azie ingin menjaga
    mereka selagi mampu..insyaAllah..(doakan azie eh)

3] azie ni ade 1 penyakit..!!penyakit yang terlalu SAYANG BINATANG terutamanya KUCING!!!
    pantang je nampak kucing!azie  terus jadi tak tentu hala!!hehe..so impian yang ke-3..Di izinkan Allah, 
    1 hari nnt azie nk buka KEDAI BINATANG..dalam kedai tu azie nk letak binatang hamster, arnab,  
    lg ape ek?? lion!!waaahhhh..but tiger  pun azie nk letak!KUCING tak payah cakap!itu binatang yang
    wajib!!hihihi..

4] menunaikan UMRAH DAN HAJI..impian nila yang paling penting dalam hidup kuuuuu....harapan azie,
    moga2 ALLAH menjemput azie menjadi tetamu di rumah Nya..aminn..dapat pergi sekali sebelum 
    meninggal pun jadilaaaa..huhuhu...

5] ingin memiliki sebuah rumah.."BAITI JANNAHTI"..cewaaahh..taknak rumah besar2 sangat!cukupla 
    ade 5 bilik tido! nk ruangan dapur yang luas(senang ckit nk masak2 dan hias2!mcm dapur rumah mak 
    sekarang ni..!)hehe...

6] kereta nk sebijik! cukupla 1 kan??buat ape nk banyak2!membazir jek!!(ke azie ni kedekot!!)hehe..
    My dream car is SUZUKI SWIFT!!ahakssss....(dapat pakai ke tak? idak le teman tau!!)


Actually cukupla impian azie buat masa ni..InsyaAllah bila rase nk tambah impian lagi later azie masuk kan entry lain ek..Azie berharap dan berdoa semoga Allah permudahkan segala urusan azie untuk merealisasikan impian azie ni..aminnn...(impian anda2 pun azie doakn semoga menjadi kenyataan!!aminnn)

So...tarik nafas dalam2..pandang depan....pejam mata dan hembus keluar nafasss...