Selamat Datang..sile2..(^_^)

Assalamualaikum..

Haa..ini la blog cacar murba sy..hee..pls tglkn komen2 yg membangun yer..xmo kutuk lebih2..peace..


Isnin, 1 Julai 2013

50 Nasihat Luqman Al Hakim Kepada Anaknya

Assalamaualaikum...Salam seisi alam

InsyaAllah ana ingin berkongsi sedikit enty kali ini dengan memginggati pada DIRI ANA dan juga sahabat2 semua...
Luqman Al-Hakim mengajar anaknya ilmu yang datang dari sisi Allah Yang Maha Mengetahui. Beliau pernah berpesan dan menasihati anaknya:
.
1.  “Wahai anak kesayanganku! Allah SWT memerhatikan dirimu dalam kepekatan malam, semasa engkau bersolat atau tidur lena di belakang tabir di dalam istana. Dirikan solat dan jangan engkau berasa ragu untuk melakukan perkara makruh dan melempar jauh segala kejahatan dan kekejian.”
2.  “Wahai anakku! Selalulah berharap kepada Allah SWT tentang sesuatu yang menyebabkan untuk tidak menderhakai Allah SWT. Takutlah kepada  Allah SWT dengan sebenar-benar takut (takwa), tentulah engkau akan terlepas dari sifat berputus asa dari rahmat Allah SWT.”
3.  “Wahai anak! janganlah engkau mempersekutukan Allah SWT (dengan sesuatu yang lain), sesungguhnya perbuatan syirik itu adalah satu kezaliman yang besar.”
4.  “Wahai anakku, Bersyukurlah kepada Tuhanmu kerana kurniaan-Nya. Orang yang mulia tidak mengingkari Penciptanya kecuali orang yang kufur.”
5. “Wahai anakku! Bukanlah satu kebaikan namanya bilamana engkau selalu mencari ilmu tetapi engkau tidak pernah mengamalkannya. Hal itu tidak ubah seperti orang yang mencari kayu api, maka setelah banyak ia tidak mampu memikulnya, padahal ia masih mahu menambahkannya.”
 6.  “Wahai anakku! Ketahuilah, sesungguhnya dunia ini bagaikan lautan yang dalam, banyak manusia yang karam ke dalamnya. Jika engkau ingin selamat, agar jangan karam, layarilah lautan itu dengan sampan yang bernama TAKWA, isinya ialah IMAN dan Layarnya adalah TAWAKKAL kepada Allah SWT.”
7. “Wahai anakku! Orang-orang yang sentiasa menyediakan dirinya untuk menerima nasihat, maka dirinya akan mendapat penjagaan dari Allah SWT. Orang yang insaf dan sedar setelah menerima nasihat orang lain, maka dia akan sentiasa menerima kemulian dari Allah SWT juga.”
8.  “Wahai anakku! Jadikanlah dirimu dalam segala tingkahlaku sebagai orang yang tidak ingin menerima pujian atau mengharap sanjungan orang lain kerana itu adalah sifat riya’ yang akan mendatangkan cela pada dirimu.”
9.   “Wahai anakku! Jangan engkau berjalan sombong serta takbur, Allah SWT tidak meredai orang yang sombong dan takbur.”
10. “Wahai anakku! Selalulah baik tutur kata dan halus budi bahasamu serta manis wajahmu, dengan demikian engkau akan disukai orang melebihi sukanya seseorang terhadap orang lain yang pernah memberikan barang yang berharga.”
11.  “Wahai anakku! Bilamana engkau mahu mencari kawan sejati, maka ujilah dia terlebih dahulu dengan berpura-pura membuat dia marah. Bilamana dalam kemarahan itu dia masih berusaha menginsafkan kamu, maka bolehlah engkau mengambil dia sebagai kawan. Bila tidak demikian, maka berhati-hatilah.”
12.  “Wahai anakku! Apabila engkau berteman, tempatkanlah dirimu padanya sebagai orang yang tidak mengharapkan sesuatu daripadanya. Namun biarkanlah dia yang mengharapkan sesuatu darimu.”
13.  “Wahai anakku! Sesesiapa yang penyayang tentu akan disayangi, sesiapa yang pendiam akan selamat daripada berkata yang mengandungi racun dan sesiapa yang tidak dapat menahan lidahnya dari berkata kotor tentu akan menyesal.”
14.  “Wahai anakku! Bergaul rapatlah dengan orang yang alim lagi berilmu. Perhatikanlah kata nasihatnya kerana sesungguhnya sejuklah hati ini mendengarkan nasihatnya, hiduplah hati ini dengan cahaya hikmah dari mutiara kata-katanya bagaikan tanah yang subur lalu disirami air hujan.”
15.  “Wahai anakku! Janganlah engkau mudah ketawa kalau bukan kerana sesuatu yang menggelikan hati, janganlah engkau berjalan tanpa tujuan yang pasti, janganlah engkau bertanya sesuatu yang tidak ada guna bagimu, dan janganlah mensia-siakanhartamu.”
16.  “Wahai anakku! Sekiranya kamu di dalam solat, jagalah hatimu, sekiranya kamu makan, jagalah kerongkongmu, sekiranya kamu berada di rumah orang lain, jagalah kedua matamu dan sekiranya kamu berada di kalangan manusia, jagalah lidahmu.”
17.  “Wahai anakku! Usahakanlah agar mulutmu jangan mengeluarkan kata-kata yang busuk dan kotor serta kasar, kerana engkau akan lebih selamat bila berdiam diri. Kalau berbicara, berusahalah agar bicaramu mendatangkan manfaat bagi orang lain.”
18.  “Wahai anakku! Berdiam diri itu adalah hikmah (perbuatan yang bijak) sedangkan amat sedikit orang yang melakukannya.”
19.  “Wahai anakku! Janganlah engkau menghantarkan orang yang tidak cerdik sebagai utusan. Maka bila tidak ada orang yang cerdik, sebaiknya dirimulah saja yang layak menjadi utusan.”
20. “Wahai anakku! Janganlah engkau bertemankan dengan orang yang bersifat talam dua muka, kelak akan membinasakan dirimu.”
21.  “Wahai anakku! Sesungguhnya orang bertalam dua muka bukan seorang yang jujur di sisi Allah SWT.”
22.  “Wahai anakku! Jauhilah bersifat dusta, sebab berbohong itu mudah dilakukan, bagaikan memakan daging burung, padahal sedikit sahaja berdusta itu telah memberikan akibat yang berbahaya.”
23. “Wahai anakku! Sesiapa yang berbohong hilanglah air mukanya dan sesiapa yang buruk akhlaknya banyaklah dukacitanya.”
24. “Wahai anakku! Bersabarlah di atas apa yang menimpa dirimu kerana yang demikian itu menuntut kepastian kukuh daripadamu dalam setiap kejadian dan urusan.”
25.  “Wahai anakku! Apabila engkau mempunyai dua pilihan di antara takziah orang mati atau hadir majlis perkahwinan, pilihlah untuk menziarahi orang mati, sebab ianya akan mengingatkanmu kepada kampung akhirat sedangkan menghadiri pesta perkahwinan hanya mengingatkan dirimu kepada kesenangan duniawi sahaja.”
26. “Wahai anakku! Janganlah engkau makan sampai kenyang yang berlebihan, kerana sesungguhnya makan yang terlalu kenyang itu adalah lebih baiknya bila makanan itu diberikan kepada  anjing sahaja.”
27.  “Wahai anakku! Janganlah engkau terus menelan sahaja kerana manisnya barang dan janganlah terus memuntahkan saja pahitnya sesuatu barang itu, kerana manis belum tentu menimbulkan kesegaran dan pahit itu belum tentu menimbulkan kesengsaraan.”
28. “Wahai anakku! Aku pernah makan makanan yang baik dan memeluk yang terbaik tetapi aku tidak pernah melihat sesuatu yang lebih lazat daripada kesihatan.”
29. “Wahai anakku! Seandainya perut dipenuhi makanan, akan tidurlah akal fikiran, tergendala segala hikmah dan lumpuhlah anggota badan untuk beribadat.”
30. “Wahai anakku! Apabila perutmu telah penuh sesak dengan makanan, maka akan tidurlah fikiranmu, menjadi lemah hikmahmu dan berhentilah (malas) seluruh anggota tubuhmu daripada beribadat kepada Allah SWT dan hilanglah kebersihan hati (jiwa) dan kehalusan pengertian, yang dengan sebab keduanyalah dapat diperoleh lazatnya munajat dan berkesannya zikir pada jiwa.”
31.  “Wahai anakku! Makanlah makananmu bersama sama dengan orang orang yang takwa dan musyawarahlah urusanmu dengan para alim ulamak dengan cara meminta nasihat dari mereka.”
32. “Wahai anakku! Jangan engkau berlaku derhaka terhadap ibu dan ayahmu dengan apa jua sekalipun, melainkan apabila mereka menyuruhmu derhaka kepada Yang Maha Berkuasa.”
33. “Wahai anakku! Allah mewasiatkan dirimu; berbuat baiklah dengan ibu dan ayahmu. Justeru, jangan engkau mengherdik mereka dengan perkataan mahupun perbuatan dibenci.”
34. “Wahai anakku! Seandainya ibubapamu marah kepadamu kerana kesilapan yang kamu lakukan, maka marahnya ibubapamu adalah bagaikan baja bagi tanam-tanaman.”
35. “Wahai anakku! Orang yang merasa dirinya hina dan rendah diri dalam beribadat dan taat kepada Allah SWT, maka dia tawadduk kepada Allah SWT, dia akan lebih dekat kepada Allah SWT dan selalu berusaha menghindarkan maksiat kepada Allah SWT.”
36. “Wahai anakku! Seorang pendusta akan lekas hilang air mukanya kerana tidak dipercayai orang dan seorang yang telah rosak akhlaknya akan sentiasa banyak mengelamunkan hal-hal yang tidak benar.”
37.  “Wahai anakku! Andainya ada sebutir biji sawi terpendam di dalam batu, pasti ketahuan jua oleh Tuhanmu Yang Maha Melihat, Allah Amat Mengetahui segala sesuatu, zahir mahupun batin atau apa yang engkau sembunyikan di dalam dadamu.”
38. “Wahai anakku! Ketahuilah, memindahkan batu besar dari tempatnya semula itu lebih mudah daripada memberi pengertian kepada orang yang tidak mahu mengerti.”
39. “Wahai anakku! Engkau telah merasakan betapa beratnya mengangkat batu besar dan besi yang amat berat, tetapi akan lebih lagi daripada semua itu adalah bilamana engkau mempunyai jiran yang jahat.”
40. “Wahai anakku! Aku pernah memindahkan batu-bata dan memikul besi, tetapi aku tidak pernah melihat sesuatu yang lebih berat daripada hutang.”
41.  “Wahai anakku! Jauhkan dirimu dari berhutang, kerana sesungguhnya berhutang itu boleh menjadikan dirimu hina di waktu siang dan gelisah di waktu malam.”
42. “Wahai anakku! Apakah tidak engkau perhatikan, apa yang Allah bentangkan bagimu apa-apa yang ada di langit dan di bumi daripada kebaikan yang amat banyak?
43. “Wahai anakku! Apa yang engkau menikmati di kehidupan ini lantaran kurniaan-Nya yang penuh keamanan, keimanan dan kebaikan yang melimpah ruah, di taman dunia yang subur mekar dengan bunga-bungaan serta tumbuhan yang berseri-seri.”
44. “Wahai anakku! Ambillah harta dunia sekadar keperluanmu sahaja dan nafkahkanlah yang selebihnya untuk bekalan akhiratmu.”
45. “Wahai anakku! Janganlah engkau condong kepada urusan dunia dan hatimu selalu disusahkan oleh dunia saja kerana engkau diciptakan Allah SWT bukanlah untuk dunia sahaja. Sesungguhnya tiada makhluk yang lebih hina daripada orang yang terpedaya dengan dunianya.”
46. “Wahai anakku! Jangan engkau buang dunia ini ke bakul sampah kerana nanti engkau akan menjadi pengemis yang membuat beban orang lain. Sebaliknya janganlah engkau peluk dunia ini serta meneguk habis airnya kerana sesungguhnya yang engkau makan dan pakai itu adalah tanah belaka.”
47.  “Wahai anakku! Tidak ada kebaikan bagimu untuk mempelajari apa yang belum kamu tahu sedangkan kamu belum beramal dengan apa yang kamu tahu.”
48. “Wahai anakku! Ingatlah dua perkara iaitu Allah SWT dan mati, lupakan dua perkara lain iaitu kebaikanmu terhadap hak dirimu dan kebaikanmu terhadap orang lain.”
49. “Wahai anakku! Kehinaan dalam melakukan ketaatan kepada Allah SWTlebih mendekatkan diri daripada mulia dengan maksiat (perkara menyebabkan dosa) kepada-Nya. Janganlah anakku undurkan melakukan taubat, sebab kematian datangnya tiba-tiba, sedang malaikat maut tidak memberitahukannya terlebih dulu.
50. “Wahai anakku! Sesungguhnya lama bersendirian itu dapat memahami untuk berfikirdan lama berfikir itu adalah petunjuk jalan ke syurga.”
.
.
والله أعلم بالصواب
Wallahu A’lam Bish Shawab
 (Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)

~ihsan dari sahabat~



Menjadi Tetamu Allah (1)

Assalamaualaikum dan salam seisi alam...

13/03/2013-25/03/2013 adalah 1 tarikh yang ana akan ingat sampai bila2 selain dari tarikh penikahan!Oppss..InsyaAllah..hehe
Tarikh tersebut merupakan tarikh d mana ana telah d jemput Allah sebagai tetamuNya ke Tanah suci mengerjakan umrah...

Destinasi terindah
angah dan ana(ummi)
menghala ke Masjidil Haram
Tak mampu ucap dengan kata2!~bertapa ana rasa TERSANGAT BERTUAH+GEMBIRA kerana dengan takdir Allah,kaki ana sampai ke Tanah Haram..SubhaAllah..Saat yang paling ana tak boleh lupa bilamana kali pertama mata memandang KA'ABAH....(airmata merembes keluar dgn derasnya,sederas hati ana yang berdengup kencang)..tiada kata yang mampu keluar d saat diri telah berada d tengah2 Masjidil Haram..
Seakan ana bermimpi kerana telah berada d tempat kelahiran Rasulullah S.A.W.
Selama  ini ana membaca melalui buku2 ilmiah dan pengalaman org lain yang,tetapi akhirnya Allah mengizinkan ana untuk sampai ke Tanah Suci ini..(Ya Allah,rasa diri ini tidak layak menjadi tetamuMu)
Luluh segala perasaan sombong.iri hati,bongkak,dengki dan segala macam perasaan bila berada d sana, apa yang rasakan tak lain hanyalah SEORANG HAMBA yang penuh dgn dosa...Alhamdulilah segala ibadah ana  d sana berjalan dgn lancar atas izin Allah...
Selama 9 hari ana d Maakah, SUNGGUH!biarpun panas membahang.dgn nekad ana bersolat d hadapan Ka'abah..meratapi segala dosa yg ana lakukan selama ana hidup ini, memohon keampunan dari Allah tuhan sekalian alam..Allahu Rabbi :'(  Alhamdulilah Allah telah permudahkan segalanya ana d sana..
Pelbagai tempat sejarah dalam islam ana telah pergi seperti Jabal Nur, Jabal Thur, Jabal Rahmah dan ladang unta..
ke ladang unta
Hajarul Aswad(semasa tawaf)
ana sedang menunggu solat Asar




bersambung~~~







Ahad, 30 Jun 2013

Salam Semua...

Assalamualaikum dan Salam seisi alam....

Alhamdulilah.....
kini ana kembali setelah teramatlah lama menyepikan blog tanpa meng'update apa2 entry pun...maaf.maaf dan maaf ana mohon!~keadaan diri yang agak sibuk membuatkan ana tak berkesempatan untuk meng'update atau berkongsi apa2 entry dalam blog usang ana ni...InsyaAllah ana akan cari sedikit masa untuk meluangkan waktu ana d blog....

SubhanaAllah Alhamdulillah wala'ilahaillah Allahu'akbar....
Alunan puji-pujian hanyalah untuk Allah Tuhan semesta Alam kerana telah memberi ana menjalani kehidupan yang sementara ini dengan tenang&sabar...
InsyaAllah dalam entry2 yang akan datang ana ingin berkongsi pengalaman ana semasa mengerjakan umrah yang lalu...ok.

see ya! Assalamualaaikum



Isnin, 18 Februari 2013

Kisah Hati Perempuan Pada Seseorang...




Kisah Hati Perempuan Pada Seseorang | Kadang dia sering menyembunyikan satu rasa yang sakit pada seseorang sehinggakan menitis airmatanya namun kita tidak melihat.Kerana menanggis dia dalam senyap.Menanggis dia dalam hatinya.. Deritanya sukar kita pahami kerana dia pandai memainkan watak lakonan menyembunyikan kesedihannya di sebalik senyuman yang terukir.

KISAH HATI PEREMPUAN PADA SESEORANG

Dan kadang bila kita mampu melihat air matanya yang mengalir.Sungguh di kala itu amat perit derita yang di tanggungnya.Dan seolah telah hilang satu kekuatan diri kerana selalu menahan dari mengalirnya air mata itu.Dan jika kita terus biarkan dia dalan kesedihan, mungkin dia melakukan perkara di luar kawal.. Bimbinglah dia.. Tenangkan lah hatinya.
Di saat menitisnya air matanya itu, jika kamu berpesan padanya dan berjanji takkan melukai lagi perasaannya.Dia akan menerima kata katamu itu sebagai pemangkin semangatnya yang membara.Dan jika kamu berpesan jangan menanggis lagi dan akan menjaganya.Lantas dia akan mengenggam erat tanganmu.Di dalam hatinya dia berazam tidak akan melepaskan hingga akhir hayatnya.
Dan kadang dia jarang menyatakan kata rindu, janganlah kamu berangkapan tiada langsung perasaan rindu itu pada kamu. Sengaja dia memberi ruang untuk kamu menyatakan terlebih dahulu kerana hatinya amat berbunga bunga jika seorang yang dia cintai memberitahu sedang rindukanya.Apabila perempuan kata dia rindu sama kamu, dia benar-benar maksudkannya.. Apabila berjauhan, bayanganmu akan sentiasa bermain di mata.Kadang dia tidak dapat melakukan kerja kerana amat merindui kamu.
Apabila dia berkata lelaki lain itu lebih baik dari kamu, jangan percaya kata. katanya kerana dia hanya mahu menguji kamu. Dia mahu melihat sejauh kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya.Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya.Selagi dia dengan kamu, percayalah, walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik.Kerana kamulah dunianya selamanya.
Kadang dia menjadi degil, dia bukan bermaksud untuk menjadi degil tapi dia mahu melihat sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan kerenahnya.Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut.Andai kena caranya, jangan terkejut kalau akhirnya dia menukar fikirannya dalam masa sesaat.Kata orang keras keras hati perempuan mampu cair dengan janji manis sang pemujanya.
Dan kadang apabila dia berkata, “tolong tinggalkan saya!”, dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya.Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja.Apabila dia kembali tenang, percayalah dia akan mencari anda semula.Itu tandanya dia benar-benar menyintai anda.Perempuan sukar untuk mengawal perasaan.Dia terlalu emosional.Tapi dialah yang paling menyayangi anda dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri kamu.
Itulah sedikit kisah hati perempuan pada seseorang.Seseorang di sini bermaksud lelaki yang disayangi dan dicintainya.Jika anda bukan lelaki tersebut, sejauh mana langkahmu pasti tiada hasilnya.Kerana sekali perempuan itu telah jatuh hati, amat susah untuk si dia melepaskan di dalam jiwanya.Akan mengambil masa yang lama untuk pulih.

~entry ni ana C&P sebagai perkongsian bersama~

Jumaat, 15 Februari 2013

SAAT ITU KU NANTIKAN DALAM HIDUPKU

Berita GEMBIRA dalam hidup ana....


Bismilllahirahmanirahim....Assalamualaikum sahabat ana!!

First of all ana harap semua para sahabat sihat hendaknya..Alhamdulilah ana masih berkesempatan untuk meng'update entry ana pada kali ni....
Sepanjang ana taip entry ni senyuman di hati ana terpancar pada seraut wajah ana yang comey ni (owhh sangat perasan kan??)hehe...
BAIKLAH tanpa membuang masa ana ingin mnceritakan sedikit sebanyak apa yang ana rasa sekarang ni..
ANA BAKAL MENGERJAKAN UMRAH!!!!~waaahhhhhhh....best tak??seronok kan??ALHAMDULILAH...syukur sangat2 pada ALLAH kerana menjemput ana menjadi tetamu-Nya..sebenarnya susah nak bagitau apatah lagi nak gambarkan macam mana perasaan ana apabila mendapat tahu yang ana bakal menjadi tetamu-Nya...semestinya AIRMATA KESEDIHAN+KEGEMBIRAAN first impression...
Kenapa sedih???
Sedihlah sbb ana rasa ana tak layak menjadi tetamu ALLAH, ana hamba yang selalu melakukan dosa tetapi selalu juga ALLAH memberikan nikmat-Nya yang tak ternilai kepada ana..ALLAHUAKHBAR..T____T
Tapi bila ana buka balik lembaran suci dan petikan surah-surah yang indah dari kalam-Nya, hati yang tadi sedih terus hilang..SubhanaAllah,Alhamdulillah,Wala'ilahailaAllahuakhbar...ana terpujuk dengan Surat Cinta dari-Nya. Memang ana tidak pernah terfikir akan ke umrah dalam masa terdekat ni,memandangkan masalah financial ana,tapi dalam hati berniat dalam tahun depan mungkin ana akan cuba ke umrah, Sesungguhnya percaturan dari ALLAH itu memang tak dapat ana tolak lagi....
Berita GEMBIRA!!
Usai ana solat maghrib tiba-tiba ada 1 suara bertanya "Ummi nak ikut alang ke umrah tak??" tersentak dengan soalan itu, hati menjadi sebak SERTA MERTA.."memang bercadang nak pergi umrah pun alang, InsyaAllah dalam tahun depan ummi cadang nak ke sana" jawab ana sebak di dada, " alang tanya sekarang lah,jika alang tanya maknanya alang nk ajak ummi!!" yaa ALLAH...terhenti sampai situ je perbualan antara kami..
"Ummi nanti awak buat passport,cucuk dan ready2 lah untuk ke umrah,tadi alang dah minta izin mak nak bawa ummi sekali pergi umrah, mak bagi..so persiapkan diri" alang call ana 1 pagi...ALHAMDULILAH...dengan masak sepantas yang mungkin ana terus naik bilik mandi bersihkan diri dan buat solat sunat syukur...SESUNGGUHNYA ANA TERLALU TERKEJUT DENGAN BERITA GEMBIRA INI, ana sambut dengan mengucapkan puji pujian pada ALLAH, semakin terasa diri ana kerdil disisi ALLAH..segalanya alang sponsor ana!!Alhamdulilah murahnya rezeki ana....suka.suka.sukaaa...(",)
Bermulalah episode ana menghitung hari,saat,detik dan waktu untuk ana berlepas ke TANAH SUCI MAKKAH&MADINAH!!(hati ni hanya ALLAH je Maha mengetahui) perasaan tu bercampur menjadi 1 yakni tak sabar+gembira+takut+teruja..hehe..doa ana semoga ALLA permudahkan segala urusan ibadah ana di sana nanti...AMIN..



DOA DAN HARAPAN ANA.....

Yaa ALLAH
Tuhan yang Maha Pengampun
ampunilah segala dosa2 kedua orang tua,adik bradik,
saudara seagama dgn ku dan ampunilah hamba Mu ini..
terangilah hati kami dgn keimanan kepada-Mu,
pimpinlah kami yaa ALLAH ke jalan-Mu,
sesungguhnya kami buta dan jahil tanpa pimpinan dan petunjuk dari-Mu..
Yaa ALLAH
jadikanlah kami hamba yang bersyukur kepada-Mu..
perbaiki segala amalan kami yaa ALLAH..
peliharalah kami dari tipu daya dunia..
dekatkan hati2 kami kepada-Mu..
Yaa ALLAH
terima kasih diatas segala nikmat yang telah Engkau berikan kepada ku,
jadikanlah hamba seorang insan yang bersyukur..
Yaa ALLAH
kini hamba semakin dekat dengan-Mu
dan sesungguhnya peliharalah hati dan diri hamba ini 
dari sifat2 keji dan penyakit2 hati...
Yaa ALLAH
hamba terima kasih untuk segalanya
menjemput hamba menjadi tetamu-Mu
akan hamba manfaat peluang ini dengan sebaik-baiknya..
permudahlan segala urusan dan amalan hamba...
perkenankan doa hamba ini yaa Rahman yaa Rahim..
sesunggunnya hanya ALLAH Tuhan yang memperkenankan segala doa2..amin ya Rabbal'alamin...

HATI KU BERBUNGA RIANG ......!!!:)






Khamis, 14 Februari 2013

Bait-bait kata yang Indah

Bila ditanya tentang CINTA.................

Apabila ditanyakan tentang cinta
ianya sesuatu yang sukar dihuraikan
ibarat diri menjadi alpa
seakan-akan hidup tanpa tujuan

Keldai yang patuh pada tuannya
menjadi gila tak tentu arah
gunung yang teguh ditempatnya
seakan-akan runtuh menimpa tanah

Cinta itu satu anugerah
menyayangi tanpa mengenal erti penat lelah
susah untuk dihuraikan dengan kata-kata
hanya orang yang mengalaminya dapat merasa

Cinta yang ku maksudkan di sini
bukan hanya cinta pada insani
tapi ianya cinta pada ilahi
yang wajib ditanam dalam hati

Telah ku serah cinta ini
bukan lagi pada manusia
kerana cinta martabat itu
bersalut segunung kepalsuan dan kepuraan

Aku adalah aku sekarang
biar terbuang tetap berjuang
aku berserah jiwa ini sepenuh hati dalam perjuangan
aku adalah aku yang berjuang

" Tidak ada yang bisa mengusir syahwat atau kesenangan duniawi kecuali rasa takut kepada Allah yang membutakan hati dan rasa rindu kepada Allah yang membuat hati kita merana ."

-Ibnu Atha'illah-



Rabu, 23 Januari 2013

Apa Yang Sedang Kau Nikmati Itu Milik Allah




Bukan mudah sehalus kudrat jiwa yang lemah menongkah arus kehidupan yang dihuni pelbagai dugaan.  Tambahan lagi, di zaman yang kian mencabar minda dan fikiran.  Manusia bergerak, berinteraksi dan mencari peribadi sendiri diselimuti oleh kesibukan harian.  Manusia bertanding siapa kalah siapa menang mengumpul seberapa banyak timbunan harta yang menjadi impian.  Sehinggakan kita lupa tanggungjawab yang terpikul di bahu kita sebelum kita di hantar ke dunia pinjaman.
Janjinya kita apa?
Allah ‘Azza wa Jalla firmankan :
وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالْإِنْسَ إِلَّا لِيَعْبُدُونِ
“Dan tidaklah Aku ciptakan jin dan Manusia melainkan untuk beribadah kepadaku”. [Adz Dzariyat [51] : 56].
Tetapi, perhatikan sekeliling kita.  Manusia tanpa segan silu menabur kaca pada nikmat kurniaanNya.  Nikmat yang di kurnia di sangka usahanya sendiri mendapatkannya.  Tidak sedar dengan sifat pemurah Allah swt.  Terus menerus mencari harta tanpa tutup mata menghadap kalkulator.  Mencongak-congak untung rugi hasil kerja.  Masakan ahli matematik seorang hartawan tidak pandai membilang waktu solat wajib yang cuma ada lima.  Kenapa masih ada yang bijak pandai dikurnia akal sempurna tidak mampu mengingat waktu solat yang ditelah difardukanNya.
Alangkah lupanya kita, bahawa harta setimbun gunung itu tidak mampu menjadi tanah yang empuk buat tidur lena yang lama.  Harta yang diburu tanpa kira waktu tidak mampu membuka mulutmu menjawab soalan malaikat.
Harta yang dimiliki hari ini belum tentu masih termiliki esok hari.  Jadi rezekimu cuma sekadar apa yang kau gunakan hari ini, makan di waktu ini dan pakaian yang dipakai kini.  Esok hari mungkin harta itu akan di tarik kembali kepada yang maha memberi.
Bersedekahlah, jangan takut kehilangan harta itu kerana berbuat baik kepada sesama makhluk akan mendamaikan hatimu.  Allah akan melipat gandakan apa yang telah kita sedekahkan.  Kalaupun tidak mendapat balasannya di dunia ini, akhirat nanti pasti akan terhitung tidak terkecuali.
“Tidak akan dikurangi harta dengan sebab bersedekah, Allah tidak menambah keampunan seseorang hamba melainkan seseorang itu ditambahkan dengan kemuliaan. Tidaklah seseorang itu merendah diri kerana mengharapkan keredhaan Allah melainkan akan diangkat darjatnya”.
(Riwayat Muslim)
Sedekah itu yang akan menjadi jariah.  Duit yang dikumpul kini hanya akan menjadi baja tanah.  Kecuali amalan sedekah itu lah yang akan mengalir sampai kepada kita sesudah kita kembali ke alam barzakh.
Keluarkanlah zakat untuk menyucikan harta.  Namun, ramai di antara kita mengabaikan hal ini.  Alangkah ruginya mereka yang mengetahui tetapi tidak mengambil berat.
Firman Allah SWT di dalam surah al-Taubah ayat : 103 yang bermaksud :
” Ambillah (sebagai) zakat dari sebahagian harta mereka (kerana) dengan zakat itu kamu membersih dan menyucikan mereka.”
Firman ALLAH Subhanahu wa Ta`ala yang bermaksud:
Orang-orang yang menyimpan emas dan perak dan tidak menafkahkannya di jalan ALLAH, berilah khabar gembira akan mendapat siksa yang pedih.  Yakni di saat emas dan perak itu dipanaskan di neraka jahannam, kemudian diseterikakan ke kening, pinggang dan punggung mereka.  Inilah harta yang kamu simpan-simpan buat dirimu itu.  Nah, rasailah hasil simpananmu!”  (Surah At-Taubah, ayat 34-35)
Kita tidak pernah memiliki apa-apa tanpa pemberianNya.  Tanda syukurnya kita atas anugerah yang Allah kurnia, makanya apa dikesalkan jika kita sama-sama berkongsi nikmat ini dengan insan lain yang memerlukan.
 Usah sombong mendabik dada pada nikmat Allah, jangan nanti papa barulah mula menadah tangan meminta sedekah.  Kerana Dia berhak memberi dan mengambilnya kembali.
Ehsan dari: http://akuislam.com/blog/renungan/milik-allah/#axzz2ImfhA3KS